Hai hai hai....monim....walaupun matahari dh tegak atas kepala...
Dah sarapn ke korg ?? seringkali kite terlepas pandang dri srpn pagi kan? khususnye student lah...xsempat katenye...memg lah xsempat kalo bgn lewt..terkejar2 nk p kelas..*sy kot cm ni* hik6...
Kdgkala yg kerja pun cm tu gak, sbb nk kejar traffic jam katakan...nanti kena mrh ngn bos pulak dtg keje lewt...
Mungkin sesetgh kite fikir yg srpn pagi ni xpenting, xsrpn pun bleh bjr kan...yaaa memg la bleh...angkat balak pun bleh lgi..tp xlame sembah bumi laaa...haaa tau x betapa penting nye srpn pagi nih..jgn korg mkn maggi pulak..tu bkn srpn sahabt2........pastu jgn srpn bende manis pulak..mcm roti manis ke, maklumlahh kite2 ni xmkn roti kosng..n yg ade inti..tu dh bertmbh gula dlm badan. jgn ingt dgn xmkn pagi tu korg bleh diet tau..tu xbetul sama sekali....ni pensyarah sy yg pesan ..
Ade satu hari tu, sy dok dlm kelas,,kelas kul 8, sy duk dpn2 pensyarah..kelas tu xramai, biase lah tutorial kan..12 org jer pun...kls bhs arb ms tu..tgh syok bljr...ade bunyi....kroookk...kriiukkk...haiyyakkk ape bende tuh? sape punye angkare? hahaha...sy la kan..sape lagi...wawawa...perut sy berrbunyi ms tu...dh la duk depn pensyrah..malu tersangat la..kuat betul perut sy mintak diisi...pastu ustzh sy pesan...mkn la ckt sblm dtg kelas..minum susu ke..mkn biskut ke..lepas hr tu sy mkn laaa pg2 wlaupun sdkit..tp kdg2 xsempt jugak sbb xde stok mknn dlm bilik..erkkkkkkkk..
SARAPAN dianggap begitu penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Malah sarapan juga sebenarnya penting untuk diamalkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan menawan.Ringkasnya, sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan.
~Seseorang yang tidak mengambil sarapan kononnya untuk menurunkan berat badan lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.
~Tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.
~Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.
~Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.
~Apabila seorang itu mengalami masalah obesiti ataupun berlebihan berat badan, mereka cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.
~Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, angina (penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas) atau perut tidak selesa, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meninggalkan sarapan.
~Pilihan makanan yang berkhasiat dan bersih amat penting. Pengambilan sarapan perlu dibiasakan bagi individu yang menganggap ia tidak penting,” nasihatnya kepada golongan dewasa yang gemar meninggalkan sarapan setiap hari.
Tambahnya, tubuh badan manusia seperti kereta yang perlu diisi dengan minyak supaya boleh bergerak. Badan kita perlu diisi dengan makanan beberapa kali dalam sehari supaya ia boleh berfungsi secara cekap dan dapat melakukan tugas harian lebih baik.
Kajian untuk membandingkan antara keberkesanan mental dan fizikal terhadap sekumpulan orang dewasa dalam sehari menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan semakin kurang cergas menjelang tengah hari.
~Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.
~Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian.
~Masa yang lama diperlukan untuk menyelesaikan tugasan terutama jika di tempat kerja. Jika tidak bersarapan, kita cenderung untuk mengambil makanan manis untuk meningkatkan tenaga.
~Jika seseorang sedang bekerja dan waktu makan tengah hari belum tiba, pada ketika inilah kita cenderung untuk mengambil makanan yang kurang berkhasiat seperti coklat, kerepek atau makanan ringan lain.
~Di samping itu, mereka akan berasa sangat lapar dan apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka akan mengambil kuantiti makanan yang banyak,” jelasnya mengenai kesan bagi mereka yang malas dan tidak mahu mengambil sarapan sebagai rutin harian.
Sarapan tidak hanya penting bagi mereka yang inginkan berat badan ideal tetapi juga kepada kanak-kanak yang bersekolah.
~Pada waktu pagi, setelah lapan hingga 12 jam semalaman tidak mendapat makanan sewaktu tidur, simpanan tenaga adalah rendah.
~Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.
~Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.
~Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.
~Pengambilan sarapan penting tetapi apa yang mereka ambil atau makan perlu juga dititikberatkan. Memilih sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.
~Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.
~Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantu
menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah,” jelasnya.
Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.
Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.
Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
~Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
~Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
~Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
~Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.
~Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
~Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.
~Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)
Jom pakat2 sarapan pagi......yabedabeduuuuuuu..=) mulakan hari anda dgn sarapn pagi dan senymlah...senyum seindah suria ..yang membawa cahya...senymmm....kepada semua...dunia pun berseri... (ayt rekaaa)

~~SAMBUNGAN~~
· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.

0 Doa Aku Sentiasa Comell:
Post a Comment